Peraturan Baru MCMC: Had 5 SIM Prabayar Setiap Telco — Ini Yang Anda Perlu Tahu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menguatkuasakan piawaian wajib baharu bagi pendaftaran SIM prabayar, berkuat kuasa 26 Februari 2026, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Peraturan ini menggantikan garis panduan lama 2017 dan bertujuan membanteras penyalahgunaan identiti serta penipuan yang melibatkan kad SIM.
Antara perubahan utama: warganegara Malaysia (pemegang MyKad), pemastautin tetap (MyPR), dan pemastautin sementara (MyKAS) kini dihadkan kepada maksimum 5 SIM prabayar bagi setiap telco. Ini bermakna secara teori, seseorang boleh memiliki sehingga 20 SIM prabayar jika didaftarkan merentasi 4 telco berbeza. Bagi bukan warganegara yang bekerja/belajar di Malaysia, had ditetapkan pada 2 SIM sahaja setiap telco.
MCMC turut memperkenalkan pengesahan biometrik dan MyDigital ID untuk pendaftaran kendiri (self-registration), serta mewajibkan telco menyaring latar belakang mana-mana syarikat yang ingin menjadi dealer/ejen berdaftar — termasuk semakan kewangan dan rekod perniagaan. Dealer yang disyaki mempunyai risiko tinggi aktiviti haram akan ditolak dan disenaraihitamkan.
Untuk pengguna Eastel yang mendaftar melalui ejen, ini bermakna proses pendaftaran akan lebih ketat dari segi pengesahan identiti — tapi ini juga melindungi pengguna daripada penyalahgunaan SIM atas nama mereka. MCMC turut menegaskan: sesiapa yang menawarkan untuk "bantu daftar bagi pihak anda" dengan meminta dokumen pengenalan, MyDigital ID, atau OTP secara terus adalah tanda amaran penipuan — pendaftaran sah hanya melalui platform rasmi telco atau ejen yang authorised.
Sumber rujukan: Malay Mail
Nak pengalaman internet 5G yang stabil? Tengok pelan Eastel.
Lihat Pelan Eastel