Semua Berita
Industri & Perniagaan · 08 Jan 2026

Landskap Telco Malaysia 2026: Peralihan Pemilikan DNB dan Kesannya

Firma sekuriti BIMB dilaporkan mengambil pendirian lebih berhati-hati terhadap sektor telekomunikasi Malaysia bagi tahun 2026, memetik isu struktur yang belum selesai dalam rangka kerja pelaksanaan 5G negara. Peralihan pemilikan Digital Nasional Berhad (DNB) — pembangun rangkaian 5G kebangsaan — kepada operator rangkaian mudah alih dijangka meningkatkan risiko "earnings dilution" apabila perakaunan ekuiti bermula.

Pada Disember 2025, MOF Inc menggunakan opsyen jual (put option) untuk menjual kepentingannya dalam DNB kepada pemegang saham telco yang lain — CelcomDigi, Maxis, dan YTL Communications (milik YTL Power). Setiap pihak dikehendaki membayar RM328 juta, dengan penyempurnaan dijangka dalam tempoh dua bulan.

DNB mencatatkan kerugian bersih RM1.2 bilion pada tahun kewangan berakhir Disember 2024, memandangkan telco hanya membayar yuran akses nominal setakat ini. Menurut Maybank Investment Bank, yuran akses tahunan berpotensi meningkat sehingga RM360 juta untuk Maxis dan RM288 juta untuk telco lain — walaupun ini boleh membantu kurangkan kerugian DNB, ia turut menambah kos bagi telco yang terlibat.

Bagi pembaca yang berminat dengan industri telco secara lebih meluas (termasuk mereka yang mempertimbangkan peluang Eastelpreneur), perkembangan struktur industri sebegini menunjukkan sektor telco Malaysia masih dalam fasa transformasi besar — daripada model "single wholesale network" kepada struktur rangkaian berganda yang lebih kompetitif.

Sumber rujukan: The Edge Malaysia

Nak pengalaman internet 5G yang stabil? Tengok pelan Eastel.

Lihat Pelan Eastel

Maklumat Anda

Sila isi untuk bantuan pendaftaran.