Semua Berita
Keselamatan Pengguna · 01 Mar 2026

Awas Penipuan Pendaftaran SIM — Tanda Amaran & Cara Elak

Susulan pengumuman piawaian wajib baharu untuk pendaftaran SIM prabayar, MCMC turut mengeluarkan beberapa nasihat keselamatan penting kepada orang ramai. Menurut MCMC, sesiapa yang menawarkan untuk "bantu daftar bagi pihak anda" atau meminta maklumat peribadi dengan alasan "proses lebih cepat" patut dianggap sebagai tanda amaran penipuan.

Antara nasihat khusus yang dikongsikan: jangan sekali-kali kongsi dokumen pengenalan, gambar, kredential MyDigital ID, atau One-Time Password (OTP) dengan sesiapa yang mendakwa boleh membantu pendaftaran SIM. Pendaftaran yang sah hanya berlaku melalui platform rasmi telco (aplikasi/laman web) atau melalui ejen yang benar-benar authorised dan berdaftar dengan telco berkenaan.

Untuk pengguna yang mendaftar SIM melalui ejen (seperti yang ditawarkan Eastel melalui rangkaian ejennya), ini penting difahami: ejen yang sah tidak akan pernah meminta OTP anda atau kredential MyDigital ID terus — proses pengesahan sepatutnya dilakukan terus oleh pengguna sendiri melalui aplikasi rasmi, dengan ejen hanya membantu dari segi maklumat pelan dan kod rujukan/upline.

Kalau anda menerima SIM yang sudah aktif SEBELUM sempat mendaftar sendiri — MCMC menegaskan ini adalah SIM tidak sah dan tidak sepatutnya digunakan. Selepas pendaftaran selesai dan disahkan, status pengaktifan SIM akan dimaklumkan dalam masa 12 jam.

Sumber rujukan: Malay Mail

Nak pengalaman internet 5G yang stabil? Tengok pelan Eastel.

Lihat Pelan Eastel

Maklumat Anda

Sila isi untuk bantuan pendaftaran.